Skip to main content

Tenis

Tenis: Iga Swiatek kembali rangkul nombor satu dunia selepas raih kemenangan kejam WTA Finals

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

iga-swiatek.jpg

Pemain Poland berusia 22 tahun itu terbukti terlalu kuat untuk pilihan kelima, Pegula dalam perlawanan akhir yang diadakan pada Isnin berikutan cuaca buruk yang berterusan semasa kejohanan. 

 

Advertisement

Pegula bermula baik dengan servis padunya sebelum Swiatek mula menafikan setiap percubaannya dengan mematahkan servis dua kali berturut-turut kemudian melakukan servis untuk merebut set pembukaan. 

 

Siri kesilapan berikutnya menghadiahkan Swiatek permainan pembukaan set kedua dan sekaligus berada di depan Pegula 3-0. 

  

Pegula akhirnya cetak mata sulung dengan bergaya dan ia juga jadi satu-satunya mata dicetak dalam perlawanan itu. Swiatek kemudiannya teruskan dominasi hingga tamat perlawanan 6-0. 

 

Kemenangan ini menghadiahkan gelaran WTA keenam Swiatek tahun ini selepas juarai Terbuka Perancis ketiganya manakala Pegula akhiri musim dengan mencapai dua suku akhir grand slam di ranking kelima. 

 

Kejohanan ini tamat dengan dilabel kejohanan bermasalah yang terima pelbagai kritikan daripada lapan pemain terkemuka ekoran keadaan venue sementara yang tidak disenangi. 

Must Watch Video