Emma Raducanu mengumumkan hasratnya untuk melupakan baki saingan tahun ini.
Pemain Britain berusia 20 tahun itu terlepas Terbuka Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini termasuk Terbuka Perancis dan Wimbledon awal tahun ini berikutan pembedahan di kedua-dua pergelangan tangan selain di buku lalinya pada awal Mei lalu.
Raducanu yang terkeluar daripada senarai 200 teratas dunia minggu ini berharap untuk kembali pada musim luruh sejak kembali ke gelanggang latihan bulan lalu.
Begitupun, dia memberitahu BBC Sport: “Musim depan saya akan kembali. Musim ini semua kejohanan grand slam sudah pun selesai jadi sukar untuk melihatnya berlalu tetapi saya cuba untuk kekal di landasan sebenar dengan sebanyak mungkin dan terus fokus terhadap proses pemulihan.”
Raducanu mula dibelenggu kecederaan sejak kemenangan Terbuka AS 2021.
Dia hanya beraksi 10 perlawanan tahun ini dan gagal melepasi pusingan kedua dalam mana-mana grand slam sejak cemerlang di Flushing Meadows.

August 2nd, THE FUN PART. 1st time back on court ♥️? pic.twitter.com/lnnspztXrz
— Emma Raducanu (@EmmaRaducanu) August 2, 2023