ATP
Tenis Eastbourne: Fritz tewaskan Cressy untuk kembali bergelar juara
Taylor Fritz memenangi gelaran jelajah ATP ketiga dan yang kedua dalam Kejohanan Tenis Antarabangsa Eastbourne selepas menewaskan rakan senegara dari Amerika Syarikat, Maxime Cressy, 6-2, 6-7, 7-6 dalam final malam tadi.
Tiga tahun selepas memperoleh gelaran Jelajah ATP pertama dengan menewaskan Sam Querrey dalam kejohanan sama, pemain nombor empat dunia itu kembali bergelar juara di Eastbourne menjelang Kejohanan Wimbledon minggu depan.
Lawan kelahiran Paris, Cressy, menyingkirkan tiga wakil tuan rumah Britain secara berturut-turut dengan menewaskan Dan Evans, Cameron Norrie dan Jack Draper untuk ke final tetapi tidak dapat meraih kemenangan terakhir menentang Fritz.
Iklan
"Saya bermain dengan sebaik mungkin hari ini dan ia masih perlu ditentukan pada mata-mata terakhir. Ia tidak mungkin lebih sengit daripada ini," kata Fritz selepas perlawanan itu.
Then (2019) and now. ? @Taylor_Fritz97 | @the_LTA | #RothesayInternational pic.twitter.com/41GdaE5rBJ— ATP Tour (@atptour) June 25, 2022
Must-Watch Video