TENIS
Tenis Dunia Mubadala: Rublev dijulang juara ketepi Murray
Andrey Rublev menjadi pemain Russia pertama untuk menggondol trofi Kejohanan Tenis Dunia Mubadala dengan mengetepikan cabaran Andy Murray dengan straight set.
Pemain nombor lima dunia itu memastikan kemenangan 6-4, 7-6 (7-2) ke atas juara grand slam tiga kali tersebut dalam perlawanan akhir di Abu Dhabi, awal pagi tadi.
Murray menewaskan Rafael Nadal dalam kejohanan pertunjukkan itu tetapi masih belum cukup untuk menamatkan saingan tahun ini dengan cemerlang.
Iklan
Rublev hanya mampu meraih satu break dalam aksi sengit set pertama sebelum mendominasi tie-break set kedua selepas Murray mampamerkan kebangkitan selepas gagal bertahan dalam set pembukaan.
Murray memperkemaskan permainannya yang menyaksikan Rublev melakukan tiga kesilapan berganda dalam game kelapan set kedua untuk menjadikan kedudukan 4-4, tetapi ia masih belum cukup untuk mengheret permainan ke set penentuan.
Sementara itu, Nadal mengalami satu lagi kekalahan dalam usahanya untuk mengembalikan prestasi terbaik sebaik pulih kecederaan dengan membenarkan Denis Shapovalov bangkit daripada ketinggalan dalam set pertama untuk menewaskan legenda Sepanyol itu 6-7 (4-7), 6-3, 10-6.
Must-Watch Video