Novak Djokovic gembira dapat kembali beraksi secara kompetitif selepas menempah tempat dalam suku akhir Kejohanan Tenis Dubai awal pagi tadi.
Djokovic, yang memilih untuk tidak mengambil vaksin COVID-19, menerima padah apabila dihalau keluar dari Australia menjelang kejohanan grand slam di negara itu bulan lalu.
Bagaimanapun, dia kini mula kembali beraksi secara kompetitif di Dubai dan mudah menewaskan Lorenzo Musetti 6-3, 6-3 dalam pusingan pertama sebelum mengatasi Karen Kochanov untuk ke suku akhir.
Pemain nombor satu dunia itu pernah bergelar juara di Dubai sebanyak lima kali, di mana kali terakhir dia melakukannya pada 2020.
Jaguh Serbia itu kelihatan berada dalam keadaan tebaik untuk kembali memenangi gelaran itu selepas dilarang untuk beraksi di Melbourne.
Djokovic hanya memerlukan 98 minit untuk menewaskan Kachanov 6-3, 7-6 dan akan bertemu pemain daripada pusingan kelayakan, Jiri Vesely, bagi penentuan ke separuh akhir.
"Saya amat merinduinya, ini adalah hidup saya," kata Djokovic, yang kali terakhir beraksi secara kompetitif dalam Pusingan Akhir Piala Davis hujung tahun lalu.
"Inilah apa yang saya pandai lakukan sejak 20 tahun lalu. Ini cinta saya. Saya gembira dapat menyalurkan tenaga positif dan memori buat semua yang menyaksikannya," katanya.

A brilliant match and a brilliant win for Novak! ? #DDFTennis #ATP @ATPTour pic.twitter.com/SLvrDycgwB
— Dubai Tennis Champs (@DDFTennis) February 23, 2022