Skip to main content

Tenis

Tenis: Daniil Medvedev sekat rentak cemerlang Novak Djokovic

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

medvedev.jpg
Daniil Medvedev menyekat Novak Djokovic daripada melakar kemenangan ke-21 berturut-turut bagi mengadakan pertemuan perlawanan akhir Kejohanan Tenis Dubai menentang rakan senegara dari Russia, Andrey Rublev, esok. 

Djokovic memulakan kempen 2023 dengan mengungguli kesemua 15 pertarungan membabitkannya termasuk memenangi Terbuka Australia dengan kemenangan keseluruhannya sebanyak 20 perlawanan.

Namun, ia tidak menghalang Medvedev untuk menamatkan permulaan sempurna seterunya itu tahun ini menerusi persembahan hebat ketika mencipta kemenangan 6-4, 6-4, awal pagi tadi. 

Pemain berusia 27 tahun itu -- yang mencatat 13 kemenangan berturut-turut -- dua kali berhasil mematahkan servis Djokovic dalam set pembukaan.

Standard tinggi yang diperagakan Medvedev berterusan dalam set kedua, sebelum menguasai kelima-lima servisnya untuk mengesahkan kemenangan straight set.

“Apabila menentang Novak, anda hanya perlu mencurahkan aksi terbaik,” katanya selepas kemenangan itu. 

 

“Saya berharap dia tidak menonjolkan permainan terbaiknya pada hari itu memandangkan dia adalah pemilik 22 grand slam, jadi walaupun anda berikan aksi terbaik, ia tetap sukar, tiada kepastian bahawa anda akan menang.

"Saya berjaya bermain di tahap yang lebih tinggi daripadanya pada hari ini. Dalam set kedua saya tidak berdepan satu 'break point', tetapi terdapat begitu banyak kedudukan 30-30. Tetapi saya berjaya kekal tenang dan saya gembira untuk berada dalam final esok."

Advertisement

Must Watch Video