Seramai 32 pemain masing-masing dalam kategori lelaki dan perempuan memulakan saingan edisi sulung Kejohanan Tenis Konfederasi Tenis Asia (ATF) Bawah 14 Tahun di Kuala Terengganu, hari ini.
Pengarah kejohanan, Hashim Ibrahim, berkata seramai 11 pemain negara akan beraksi dalam kategori lelaki dan perempuan untuk memburu kejuaraan walaupun berdepan cabaran pemain luar.
Menurutnya, empat pemain dalam acara perseorangan lelaki merupakan anggota skuad pelapis kebangsaan, termasuk Lin En Tan, yang diletakkan selaku pemain pilihan kedua kejohanan.
“Walaupun ini kejohanan peringkat bawah umur, pemain-pemain luar seperti dari Jepun, India, Sweden dan Hong Kong dijangka akan lebih menonjol.
“Namun, pemain muda negara diharapkan mampu membuktikan keupayaan mereka untuk bersaing, seterusnya meningkatkan prestasi mereka,” jelas Hashim.
Kelmarin telah berlangsung peringkat kelayakan kategori perseorangan lelaki yang menyaksikan wakil Jepun, Kazuki Nogami, menewaskan pemain Malaysia, Muhammad Adam Harith, 6-0, 6-2.
Muhammad Fadhl Wildan Afzan turut gagal ke pusingan utama selepas tunduk 0-6, 0-6 kepada pemain Hong Kong, Bryan Lap Yin Hui.
Pusingan pertama perseorangan lelaki dan perempuan akan berlangsung hari ini manakala acara beregu bermula esok.