SUKAN OLIMPIK
Temasya Komanwel medan pembanggunan atlet ke Sukan Olimpik
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Mohd Nazifuddin Najib, optimis dengan kemampuan kontinjen kebangsaan meraih pingat dalam acara yang dipertandingkan menuju temasya Sukan Komanwel 2026 yang akan berlangsung di Glasgow nanti.
Menurutnya, meskipun beberapa acara digugurkan pada temasya itu, namun persediaan menyeluruh pasukan tetap berada pada tahap optimum.
Bersandarkan prestasi semasa, atlet kebangsaan telah diberikan penekanan optimum dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi kejohanan itu.
Iklan
engan perubahan yang berlaku terhadap sukan yang dipertandingkan, beliau optimis ia merupakan perkara positif dan persediaan terbaik bagi atlet menjelang temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
"Sukan seperti weightlifting, powerlifting, gimnastik dan berbasikal masih ada jadi kami masih menggunakan Sukan Komanwel sebagai temasya untuk pembanggunan atlet sebelum persiapan ke Sukan Olimpik nanti." katanya.
Must-Watch Video