Skip to main content

Sukan Lain

Tanpa atlet MSN tidak akan wujud -- bakal Ketua Pengarah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jefri-ngadirin.jpg
Bakal Ketua Pengarah Majlis Sukan negara, (MSN), Jefri Ngadirin, berkata keutamaan atlet akan terus dijaga dan menjadi perkara utama dalam setiap keputusan badan itu selepas ini.

Baginya, watak utama dalam memastikan keberkesanan MSN sudah pasti atelt itu sendiri.

Jefri akan memulakan perkhidmatannya bermula 4 April ini selepas pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memilihnya untuk menggantikan Abdul Rashid Yaakob, yang akan bersara.

"Atlet paling penting bagi MSN. Tanpa atlet, MSN tidak akan wujud, jurulatih pun tidak akan dilantik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Saya mahu memastikan kebajikan atlet dijaga dan diberikan sokongan dan perkhidmatan untuk mereka memberikan persembahan terbaik dalam temasya akan datang. 

"Saya duduk dengan atlet dan jurulatih untuk mendengar perancangan mereka untuk masa akan datang," katanya. 



 

Advertisement

Must Watch Video