Skip to main content

Sukan

Tang Jie-Ee Wei, Syaidatul Afifah tokoh sukan terima pingat Hari Keputeraan Sultan Perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perak.jpg
Juara Kejohanan Dunia BWF, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, serta bekas atlet tenpin boling kebangsaan, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, merupakan penerima pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-69 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, yang berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Tang Jie, 27, dan Ee Wei, 25, yang popular dengan jolokan The Little Gangsters tampil segak dan bergaya dalam busana tradisional Melayu ketika menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT) bersama 55 lagi penerima.

Manakala Syaidatul Afifah, 34, yang juga juara dunia di Las Vegas 2017 pula antara 39 penerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) di atas sumbangan berterusannya dalam sukan tenpin boling di negeri Perak selepas persaraan sebagai atlet professional pada September 2020.

Pengurniaan pingat dan darjah kebesaran kepada ketiga-tiga tokoh sukan ini, satu lagi petanda jelas sumbangan penggiat sukan, bukan sahaja di Perak malah seluruh negara, sentiasa dihargai dan diharapkan menjadi inspirasi kepada semua, khususnya atlet muda.

Tahniah diucapkan.

Advertisement

Must Watch Video