SUKAN ASIA 2018
Takraw: Skuad wanita mahu ulangi kejayaan KL2017
Skuad sepak takraw wanita negara membawa semangat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ke Sukan Asia 2018 dalam usaha membutirkan pingat dalam temasya ini.
KL2017 menyaksikan skuad negara memenangi perak acara regu dan gangsa berpasangan.
Dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang, Malaysia menyertai kedua-dua acara ditawarkan -- regu berpasukan dan kuadran.
Iklan
Sepak takraw wanita menjadi wakil terkini Malaysia untuk menjejakkan kaki di Palembang selepas mendayung, bola tampar pantai, sepak takraw lelaki dan menembak.
"Daripada kedua-dua acara itu, kami menyasarkan sekurang-kurangnya satu gangsa. Kalau kita dapat lebih daripada itu, Alhamdulillah, ia rezeki.
"Sebenarnya, memang kami tidak dapat menggunakan tekong utama kami, iaitu Siti Nor Zubaidah Che Abdul Wahab, kerana dia terlibat dalam kursus latihan polis.
"Tetapi, kami menerima situasi itu dengan terbuka dan menggantikannya dengan tekong baru. Bagaimanapun, ia bukan alasan kami untuk tidak beraksi baik dan kami akan cuba.
"Saya mengharapkan aura Sukan SEA lalu berterusan di sini," kata ketua jurulatih negara, Mohd Fikri Mohd Nor.
Must-Watch Video