Baru-baru ini, rancak betul topik Formula 1 (F1) di alam maya. Macam-macam yang dibincangkan, dalam dan juga di luar litar.
Ramai memuji pencapaian anak muda Kimi Antonelli yang menewaskan Oscar Piastri dan Lando Norris dalam aksi kelayakan Grand Prix (GP) Miami.
Akan tetapi, ramai juga yang menumpukan perhatian kepada ketiadaan Max Verstappen dalam semua komitmen media menjelang perlumbaan itu!
Di manakah Max?
Rupa-rupanya, Max Verstappen memilih untuk bersama pasangannya, Kelly Piquet, untuk menyambut kelahiran cahaya mata mereka.
Kebiasaannya Max seorang yang tidak berkongsikan sisi peribadi kehidupannya, tetapi kali ini dia dengan penuh bangga dan gembira tidak menyembunyikan rasa syukur kerana sempat meluangkan masa bersama ahli keluarga terbarunya sebelum kembali berjuang dalam litar.
Menerusi laman rasmi Max Verstappen, juara F1 empat kali itu menyatakan nama yang diberikan kepada sang puteri adalah “Lily”.
Tahniah Max Verstappen dan Kelly Piquet!