SUKAN LAIN
Tahun 2021 rekodkan dua kes positif doping
Arena sukan tanahair kembali menerima tamparan hebat apabila isu doping terpalit dalam kalangan atlet Malaysia, Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) telahpun sahkan perkara itu bersama wartawan Astro Arena, Adam Zamri.
Bagaimanapun, identiti atlet yang terlibat kekal misteri kerana dipercayai masih dalam siasatan lanjut.
Ketika masalah doping sifat bagi tahun 2020, ia sekaligus timbul tahun ini selepas ujian sampel air kencing yang dilakukan mengandungi bahan terlarang jenis steroid anabolik.
"Saya mengakui kami masih lagi menjalani ujian dan setakat bulan Ogos, kami mendapati dua kes namun nama atlet masih tidak akan didedahkan kerana proses ujian masih dijalankan dengan lebih terperinci," kata Pengarah ADAMAS, Azura Abidin.
"Apabila isu ini dibawa ke panel pendengaran dan didapati mengambil bahan terlarang dengan secara sengaja, mereka bakal menjalani hukuman gantung daripada sebarang aktiviti sukan selama empat tahun."