Terdapat petanda positif buat skuad hoki negara dalam siri Jelajah Korea Selatan sebagai persiapan buat anak buah Sarjit Singh menghadapi Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara FIH 2025 bulan depan.
Dalam aksi pertama yang berlangsung hari ini menyaksikan kem negara mencatatkan kemenangan bergaya 4-1 ke atas pasukan tuan rumah.
Menurut ketua jurulatih negara, Sarjit Singh, perlawanan pertama yang berlangsung itu menyaksikan semua pemain menunjukkan tahap permainan yang baik seperti yang diharapkan.
Tidak hairan nada Sarjit tampak gembira buat masa ini dengan menyaksikan barisan pemain The Speedy Tigers mampu melakukan tiga serangan balas yang berkualiti dalam mencipta jaringan.
Namun, masih terlalu awal untuk merumuskan prestasi keseluruhan memandangkan ia baru perlawanan pertama daripada liga lagi aksi yang perlu dihadapi pada siri jelajah kali ini
"Dalam separuh masa pertama kedua-dua pasukan beraksi dengan gementar, kemudian momentum permainan kami bertambah baik dalam separuh masa kedua.
"Kami meraih pukulan sudut penalti, begitu juga mereka untuk kedudukan terikat 1-1. Kemudian kami merancang serangan balas daripada Akhimullah Anuar untuk jaringan untuk menutup suku ketiga dengan kedudukan 2-1.
"Kami banyak menyerang mereka dengan serangan balas dan kami menjaringkan dua gol menerusi Mughni Kamal dan Azrai Aizad," katanya.
Dalam pada itu, fokus Sarjit untuk melihat peningkatan kualiti pukulan sudut penalti masih belum lagi teruji sepenuhnya dalam aksi hari ini.
"Kami meraih satu pukulan sudut penalti dan jaringkan satu gol daripada situ, kami tidak miliki banyak peluang. Penjaga gol kami juga beraksi baik hari ini.
"Kami ada pasukan yang baik, pemain saling memahami setelah bersama lebih daripada satu tahun. Sekarang kami perlukan lebih banyak perlawanan." tambahnya.
Senarai akhir pemain yang akan menggalas cabaran di Piala Negara-Negara Jun depan bakal dilengkapkan sejurus berakhirnya kempen Jelajah Korea Selatan ini yang akan berlangsung sehingga 19 mei ini.