Atlet tinju kebangsaan, Muhd Fuad Muhd Ridzuan, mengakui mengalami kesukaran mencari rakan sepelatih setanding dengan dirinya selepas ketiadaan Abdul Salam Kasim yang tidak lagi menyetai kem latihan skuad negara.
Kedua-dua peninju itu menjadi taruhan Persekutuan Tinju Malaysia (PTM) untuk membawa cabaran negara dalam Sukan Komanwel Gold Coast dari 4 hingga 15 April depan.
Begitupun, Abdul Salam tidak menghadiri sesi latihan selepas dikhabarkan sudah mendapat pekerjaan tetap selain kesukaran mendapat pelepasan, sekali gus menyaksikan Fuad lebih banyak berlatih bersama atlet pelapis.
"Intensiti itu lain sebab tahap pelapis dengan kami tidak sama. Untuk mereka mendapatkan tahap seperti kami, ia memakan masa.
"Mereka kini dapat 60 peratus momentum. Masih banyak yang jurulatih perlu bimbing sebelum mereka boleh membantu saya," katanya.
Fuad akan berlepas ke Jakarta esok bagi menyertai kejohanan Pra-Sukan Asia.
Diaa turut disertai Muhamad Azlizam Abu Talib yang kini menjadi pilihan jurulatih, Azmi Md Yunus, bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan oleh Abdul Salam.
Tidak meletakkan sebarang sasaran khusus untuk pertandingan itu, Fuad sebaliknya melihat ia antara persiapan terbaik untuk ke Gold Coast nanti.
"Kami akan memberi tumpuan dalam Sukan Komanwel. Kami tidak menyasarkan apa-apa dalam pra-Sukan Asia kerana ia adalah landasan untuk mendapatkan rentak perlawanan dan mengenali lawan sebelum Sukan Asia nanti," katanya.