Skip to main content

Sukan Lain

Tadej Pogacar kini jersi pendahulu & raja bukit

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fh8vdlx6fh2ef2rsbmlgjp-1280-80-jpg.jpg
Le Tour De France kini menyaksikan Tadej Pogacar kini memegang jersi pendahulu keseluruhan & jersi Raja Bukit selepas mengharungi peringkat ke-16.

Walaupun Pogacar hanya berjaya meraih kedudukan kelima pada perlumbaan sejauh 171.5 kilometer itu, pelumba pasukan UAE Team Emirates XRg itu masih mengekalkan kedudukan selaku pendahulu keselurahan dengan catatan masa 58 jam, 24 minit dan 46 saat.

Pendakian yang bermula daripada Montpellier sehingga Mont Ventoux itu juga menyaksikan Valentin Paret-Peintre melakukan henjutan sebelum ke garisan penamat untuk memintas Ben Healy sekaligus meraih kemenangan peringkat ke-16.

Peringkat ke-17 akan berlangsung di Bollene sehingga Valence yang meliputi jarak sejauh 160.4 kilometer sebelum aksi mendaki seterusnya yang akan berlangsung Vif ke Courchevel Col De La Loze.

Advertisement

Must Watch Video