SUKAN LAIN
Sze Yuin bimbang masa depan sukan bola keranjang makin pudar
Ketua jurulatih skuad bola keranjang wanita negara, Yoong Sze Yuin, tidak berselindung apabila meluahkan kebimbangan terhadap masa depan sukan ini selepas mengikuti perkembangan Kejohanan Kebangsaan B-17 tahun.
Sze Yuin tidak asing dengan kejohanan ini yang dahulunya bermula beraksi dalam Kejohanan B-18 tahun setelah memulakan pembabitannya seawal usia 10 tahun.
Sejak itu, beliau menjadi kapten skuad kebangsaan dan kini ketua jurulatih yang membantu Malaysia memenangi emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Iklan
Ini pandangan tanpa prejudis beliau apabila diajukan persoalan mengenai kualiti pemain yang beraksi dalam edisi kali ini.
"Bakat-bakat hari ini semakin lemah kerana permainan asas tidak memberangsangkan," katanya.
Bagi Sze Yuin, Malaysia mungkin tidak ada pilihan selepas ini dengan keperluan untuk melatih semula pemain apabila mereka diserap ke program kebangsaan.
"Ia merupakan satu masalah yang besar untuk masa depan sukan bola keranjang. Kami akan cuba menilai persembahan pemain yang berkualiti untuk diserap masuk ke dalam skuad kebangsaan," tambahnya.
Must-Watch Video