HOKI
Syed Syafiq Syed Cholan rela terlepas hoki Piala Dunia
Pertahanan negara, Syed Syafiq Syed Cholan, sanggup mengetepikan hasrat untuk membuat kemunculan dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia, awal tahun depan, demi menamatkan pengajiannya di peringkat sarjana.
Pemain kelahiran Perak itu meledak gol tunggal buat Malaysia dalam final Piala Asia malam tadi, tetapi ia belum mencukupi untuk menamatkan kemarau 40 tahun apabila tewas 1-2 kepada Korea Selatan.
"Selepas ini saya akan berehat panjang.
Iklan
"Saya hendak fokus kepada diri sendiri dan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM)," katanya.
Malaysia akan menuju ke India bagi mengharungi Piala Dunia, Januari depan, selepas layak ke babak Super 4, Piala Asia, minggu lalu.
Bagaimanapun, Syed Syafiq sudah ada perancangan tersendiri untuk masa depannya dan berlapang dada untuk melepaskan slotnya.
"Saya percaya pasukan ini mempunyai ramai pemain berbakat.
"Jadi akan ada pilihan lain lagi," katanya lagi.
Must-Watch Video