Skip to main content

Sukan Lain

Syed Saddiq kini Ironman Dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syed-saddiq_1.jpg
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kini bergelar 'Ironman Dunia' apabila berhasil menamatkan saingan dalam Kejohanan Ironman Dunia di Nice, Perancis hari ini.

Ahli Parlimen Muar itu mencatatkan masa keseluruhan 13 jam 4 minit 36 saat selepas menamatkan renangan sejauh 3.8km, kayuhan basikal 180km dan larian maraton 42km.

Dia menamatkan perlumbaan di tangga ke-1,705 daripada 2,337 peserta dan menduduki tangga ke-237 kategori 30 hingga 34 tahun.

Tahniah YB!

 

Advertisement

Must Watch Video