Skip to main content

Sukan Lain

Syarul pilih kekal di bawah naungan MBBF

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syarul-azman-mahen-abdullah131017.jpg
Susulan penubuhan Persatuan Bina Badan (NABBA) Malaysia, juara dunia empat kali, Syarul Azman Mahen Abdullah, memilih untuk kekal berada di bawah naungan Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF).

Atlet itu menyifatkan kariernya lebih terjamin dengan berada di bawah naungan MBBF yang diiktiraf oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM). 

NABBA Malaysia baru sahaja ditubuhkan selepas dapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS), 14 Oktober lalu serta dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan Majlis Sukan Negara (MSN).

PJS meluluskan NABBA selepas meraih sokongan daripada lapan negeri, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor, Pahang, Perak, Sarawak dan Kelantan.

"MBBF di bawah naungan Asian Bodybuilding And Physique Sports Federation (ABBF) dan World Body Building Federation (WBBF) kerana dua badan induk itu mendapat pengiktirafan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)," kata Syarul Azman menerusi Nadi Arena.

"Ia amat penting bagi kami untuk menyertai pertandingan di pentas antarabangsa. MOM hanya menerima satu induk sahaja dan saya pilih untuk terus kekal bersama MBBF."
 

Advertisement

Must Watch Video