Berbaki lebih kurang tiga bulan sebelum Kejohanan Superbike Dunia membuka tirai, bekas pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, yang akan mewakili pasukan Honda MIE Racing sudah bersedia untuk melakar kejutan walaupun mempunyai tempoh persiapan yang singkat.
El Pescao berkongsi perkembangan mengenai persiapannya bagi menghadapi musim ini dengan harapan dapat menggunakan jentera barunya seberapa segera.
"Alat ganti motosikal saya mungkin akan lengkap sampai bulan depan.
"Pemilik pasukan maklumkan bahawa saya mungkin akan mula dapat menguji jentera pada pertengahan bulan depan atau Mac, iaitu menjelang perlumbaan sebenar.
"Bagi saya ia agak singkat, tidak banyak masa untuk saya (luangkan) bersama motosikal," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Bagi saingan superbike dunia, Hafizh Syahrin bakal menggunakan jentera baru iaitu CBR1000RR dan digandingkan dengan pelumba Argentina, Leandro Mercado, yang menamatkan saingan musim lalu di tangga ke-21.
Hafizh juga berkongsi kurniaan cahaya mata pertamanya merupakan pembakar semangat baginya untuk kekal dalam sukan permotoran apabila hampir beralih ke sukan berbeza.
"Saya hargai peluang yang masih ada dalam superbike.
"Ini juga rezeki anak saya walaupun peluang dalam arena permotoran makin berkurangan."