Kemeriahan perlumbaan The Super Series, TSS Race 8, menyaksikan dua wakil negara menguasai tempat di podium utama pada hari terakhir saingan.
Amer Harris Jefry dan Muhammad Naquib Nor Azlan daripada pasukan Wing Hin Motorsports muncul juara keseluruhan kategori TSS Supercar GT4.
"Saya perlu berterima kasih kepada pasukan yang bertungkus-lumus sepanjang minggu ini.
"Kami cuba pelbagai strategi dengan semalam meraih tempat keempat tetapi strategi baru hari ini membantu kami meraih kemenangan pertama," kata Naquib di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Utara hari ini.
Sementara itu, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri Sultan Ibrahim bersama gandingannya, Douglas Khoo, daripada pasukan Viper Niza Racing membuktikan penguasaannya dalam kategori TSS Supercar GT3 AM apabila berada di podium utama.
"Selepas pemanduan bagus daripada Douglas, saya hanya perlu mengekalkan kelajuan kereta," kata Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri.