Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak (Integomb) mengesahkan kemaraan ke pentas suku akhir Super Schools Rugby (SSR) selepas membenam Sekolah Menengah Sains (SMS) Selangor dengan keputusan 19-10, hari ini.
Kehangatan aksi dari kedua pasukan tampak dirasai seawal separuh masa pertama dengan dua layangan kad kuning terhadap pasukan tuan rumah yang lebih agresif melakukan kekasaran.
Meskipun satu peluang sepakan penalti dihadiahkan kepada Integomb tetapi kelebihan itu gagal dimanfaatkan Adam Rayyan dengan percubaannya tersasar ke luar palang.
Separuh masa pertama berakhir dengan lima mata dicatatkan pasukan pelawat menerusi satu try yang disempurnakan Danish Asyraf Mohd Nor Sham beberapa minit sebelum wisel dibunyikan.
Adam Rayyan Dahari kembali sebagai watak utama penyumbang dua conversion dalam babak kedua yang untuk menjarakkan mata.
Kelincahan dan fizikalnya jelas menjadi kelebihan yang membolehkan dia menyelinap masuk di celah benteng lawan selain kemampuan membuat sepakan tepat melepasi palang gol.
Meskipun sengit tetapi atas dasar sokongan penyokong di laman sendiri memastikan Integomb kekal konsisten dengan serangan dan benteng ampuh hingga wisel penamat dibunyikan untuk menang 19-10.
"Perlawanan ini agak sengit.
"Pada awalnya kami mara ke kawasan lawan tetapi akibat sedikit masalah antara rakan pasukan, pihak lawan dapat try.
""Kami dapatkan try dalam separuh masa kedua dan Alhamdulillah kami dapat atasi SMS Selangor," kata naib kapten Intergomb, Adam Rayyan.