Skip to main content

Sukan Lain

Super Schools Rugby: MRSM Balik Pulau intai sejarah tersendiri, Victoria Institution buru kejuaraan hatrik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jurulatih-mrsm-balik-pulau,-izzuwan-ahmad-sukri.jpg
MRSM Balik Pulau merupakan pendatang baru dalam Super Schools Rugby (SSR), namun tiada siapa menduga penampilan musim kedua sudah memperlihatkan kejayaan “BP Cougars “ beraksi dalam grand final. 

Penglibatan musim pertama MRSM Balik Pulau pada tahun lalu menyaksikan aspirasi mereka terhenti dalam separuh akhir berikutan tewas kepada SEMASHUR dan misi membalas dendam itu berjaya dilunaskan.

MRSM Balik Pulau kini selangkah mencipta sejarah baru, namun cabaran getir menanti apabila bertemu Victoria Institution (VI) -- memburu hatrik memburu -- yang baru sahaja dinobatkan juara daerah Kuala Lumpur, Selasa lalu.

MRSM Balik Pulau tiba di Putrajaya tanpa sebarang senjata rahsia, sebaliknya kekal mempertaruh kepimpinan dan kualiti fly half, Zaim Irsyaduddin Hezrey Fardhilla.

"Perkembangan Zaim bermula agak lambat, dia juga turun bermain bola tampar dan bola sepak. 

"Tetapi bermula tingkatan tiga, dia mula fokus kepada ragbi dan pasukan cuba bantunya untuk jadi salah seorang pemain terbaik. 




"Dia bertubuh kecil tapi dia mampu membuat keputusan yang baik yang membantu kemenangan kami. 

"Ia seterusnya memberikan kami motivasi untuk beraksi dengan baik dalam setiap perlawanan," kata jurulatih MRSM Balik Pulau, Izzuwan Ahmad Sukri. 

Sepakan penalti Zaim Irsyaduddin menjadi pemisah ketika menewaskan SEMASHUR dalam separuh akhir di penghujung saingan.

Di sebalik ketepatan sepakannya, tersirat rahsia rejim latihan dan tuntutan aksi klimaks di pentas final Ahad ini. 

"Kami berlatih berdekatan dengan pantai. Jadi saya arahkan dia berlatih ke arah lawan angin," katanya. 






 

Advertisement

Must Watch Video