Skip to main content

Sukan Lain

Super Schools Rugby: Karakter pemain pacu SSTMI ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sstmi-ssr.jpg
Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (STMI) semakin hampir untuk mempertahankan gelaran juara Kejohanan Super Schools Rugby (SSR) edisi lalu setelah mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Super Schools Rugby 2025 hasil menewaskan Cobra dengan keputusan 49-9 di Shah Alam, hari ini. 

Jurulatih SSTMI, Syahir Asraf, menyifatkan kejayaan anak buahnya bertitik tolak daripada sikap pemain yang tidak pernah mengambil sikap tidak menunding jari, sebaliknya terus fokus terhadap prestasi mereka dalam setiap perlawanan.

"Paling nampak (kekuatan mereka) adalah semangat. 




"Setiap kesilapan, sentiasa cuba perbaikinya setiap hari, setiap perlawanan. Usah salahkan tapi memotivasikan rakan sepasukan," katanya. 

Sementara itu, winger SSTMI, Razali Rizal, mengakui pasukannya perlu lebih cepat menyesuaikan dalam perlawanan peringkat separuh akhir menentang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward VII.

"Saya harap kami akan terus tingkatkan prestasi dan mara ke final. 

"Kami perlu perbaiki mental, skil terutama sekali segera menyesuaikan diri dalam permainan agar tidak tertekan," katanya pula. 

Untuk rekod, SSTMI yang merupakan juara bertahan edisi lalu sementara Cobra -- membuat kemunculan pertama dalam edisi kali ini -- akan berdepan rintangan King Edward VII selepas ini. 

 

Advertisement

Must Watch Video