Skip to main content

Sukan Lain

Super Schools Rugby: Juara bertahan, SEMASHUR tewas kepada MRSM Balik Pulau

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi.jpg
Penyudah dramatik iringi tangisan kegembiraan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau ke pentas final pada penampilan kedua dalam Super Schools Rugby (SSR) selepas menyingkirkan juara bertahan, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) 20-19.

Semashur Zealord turun beraksi selaku pasukan pilihan yang memiliki sejarah dan tradisi cukup disegani -- apatah lagi status selaku sekolah pusat latihan daerah yang mengumpulkan bakat terbaik.

Meskipun memulakan saingan dengan keyakinan, Zealord terlebih dahulu melakukan try menerusi Noor Asyraff Noor Azeeze dan momentum itu diteruskan Khairul Zarif Naim.

MRSM Balik Pulau menukar strategi di separuh masa kedua dan sejak itu, kelemahan Zealord berjaya dikenal pasti.

 

Satu elemen yang paling ketara dalam permainan MRSM Balik Pulau, kebijaksanaan fly half, Zaim Irsyaduddin Hezrey Fardhilla, mengawal rentak permainan dengan ketepatan melakukan penalti kick.

Deretan penalti yang dikenakan terhadap forward line Zealord membuka ruang buat Zaim menyempurnakan dua sepakan penalti serta dua convertion.

Paling epik, penalti terakhir permainan yang tenang disempurnakan Zaim untuk membawa MRSM Balik Pulau ke pentas final.

Advertisement

Must Watch Video