Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward VII menunjukkan dominasi dalam aksi suku akhir Divisyen Super School Rugby Academy apabila membenam cabaran dari SMK Shah Alam 31-14, petang tadi.
Lima try disumbangkan oleh Muhammad Yusuf Rosni, Muhammad Helmi Farhan, Muhammad Baihaqi Hibri, Muhammad Danish Norhisham dan Aqil Zafran Halimi, diiringi empat conversion oleh Muhammad Zafrie Aliff.
SMK Shah Alam pula cuma mencetak satu try menerusi Muhammad Naqib Ismail dan satu penalti try.
Muhammad Helmi selaku kapten King Edward VII kemudian dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.
Selepas ini, mereka akan berdepan juara bertahan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) atau pasukan Cobra dalam separuh akhir.
"Semua tahu SSTMI merupakan pusat latihan kebangsaan.
"Kami mampu persembahan menarik dalam separuh akhir," kata ketua jurulatih King Edward VII, Yusnizam Yushof.
Menurut Helmi pula: "Ini anugerah peribadi kedua saya selepas menerimanya di peringkat kumpulan.
"Ia biasa-biasa sahaja kerana kejayaan yang sebenarnya terletak kepada rakan sepasukan yang bermain bagus juga.
"Kemenangan ini menambah semangat kami.
"Kami dijangka bertemu SSTMI dan kami sedia menghadapi mereka."
Sementara itu, ketua jurulatih SMK Shah Alam, Alif Asyraf Che Mohd Yusof, menyifatkan penampilan pertama dalam divisyen akademi sebagai pengalaman berharga walaupun berdepan cabaran dana.
Baginya, sokongan ibu bapa dan semangat juang pasukan telah mengukir kejayaan ke suku akhir yang bersejarah.
"Syukur kami peringkat ke suku akhir dan kalah kepada pasukan yang berpengalaman dan pasukan handalan.
"Bagaimanapun, anak buah saya telah memberikan saingan hingga wisel penamat.
"Saya juga melatih pasukan seorang diri dan mujur selain dana, saya mendapat sokongan yang kuat daripada ibu bapa," katanya.