Kejayaan dua beradik dalam perlumbaan sepang 1000 kilometer pada tahun 2022 dan 2023 berjaya meniti bibir peminat sukan permotoran negara.

Naquib Nor Azlan dan Nabil Nor Azlan yang bukan lagi nama baru dalam dunia perlumbaan jentera dua roda itu kini mensasarkan podium dalam aksi seterusnya iaitu Kejohanan Super Endurance yang akan berlangsung pada 23 Disember depan.

"Saya rasa dalam setiap kejohanan memang saya cuba berikan terbaik hingga ke garisan penamat untuk raih kemenangan. Begitu juga untuk kejohanan kali ini," kata Nabil.

Tambah Naquib, "Sasaran utama adalah untuk naiki podium dengan persiapan yang rapi tetapi saya taknak tahap keyakinan yang tinggi mengaburi mata hingga membuat beri padah akhirnya."

Perlumbaan itu akan mengambil tempat di Litar Antarabangsa Chang, Thailand.


"Permotoran","Idemitsu Super Endurance"