Skip to main content

Sepak Takraw

Sumali Reduan menang tanpa bertanding, kekal Presiden PSM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sumali_1.jpg
Datuk Mohd Sumali Reduan mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) selepas tidak menerima sebarang cabaran daripada calon lain bagi jawatan itu.

Dia akan terus menerajui badan induk sepak takraw negara itu untuk penggal 2025/28 sekali gus merupakan penggal kedua berturut-turut selepas menerima sebanyak 21 pencalonan daripada ahli gabungan dan ahli bersekutu PSM.

Dalam pada itu, enam anggota lain akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PSM dengan hanya dua calon yang akan mengisi jawatan itu, malah daripada lapan calon yang akan bertanding jawatan Naib Presiden PSM pula hanya tiga calon yang akan terpilih.

 


Keputusan rasmi pemilihan itu akan diumumkan ada Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Sepaktakraw Malaysia yang akan diadakan pada 29 Jun 2025 ini.

Advertisement

Must Watch Video