OLAHRAGA
SUKSES: Nabil Alwani cerahkan peluang sertai Sukma
Hari kedua Kejohanan Olahraga Sukan Selangor (SUKSES) menyaksikan Nabil Alwani Rizal Alwani merangkul dua pingat emas dan satu perak.
Nabil menguasai acara 100 meter untuk membutirkan tiga pingat buat Petaling.
Dalam saingan akhir di Bangi sebentar tadi itu, Nabil yang mencatat 10.61 saat meletakkan Putera Ahmad Darwisy Ahmad Fariz yang melakar 11.30s sementara Zachary Hashyn Arif Jones (11.34s) di kedudukan kedua dan ketiga.
Iklan
Walaupun melewati musim tertutup, atlet pelapis negara masih memasang sasaran peribadi apabila berkata: "Saya sangat berpuas hati dengan larian yang sangat bagus sebentar tadi.
"Saya harap dapat membanggakan jurulatih.
"Untuk terpilih ke Sukma, saya sekarang sudah layak dalam acara 110m berpagar, lompat jauh dan lempar cakera.
"Mungkin dalam kejohanan selepas ini, saya akan menyertai acara berbeza iaitu lompat bergalah, sekali lagi acara lompat jauh selain lompat tinggi.:
Sementara itu, rakan sepasukannya, Lim Mei Yin, turut cemerlang mengungguli emas kedua menerusi kejayaan dalam 100m wanita.
Atlet berusia 14 tahun itu berhasrat membuktikan kemampuannya untuk kekal dalam kelompok senarai pendek menjelang Sukan Malaysia (Sukma) 2024.
Mei Yin memperbaiki catatannya dalam separuh akhir dari 13.37s kepada 12.92s.
Pemenang perak, G. Rishimalar, dari Luala Langat merekodkan 13.02s disusuli wakil Kuala Selangor, Nur Adriana Batrisya Mohd Shahrom, dengan 13.17s untuk menduduki tangga ketiga.
Must-Watch Video