BOLING PADANG
SUKSES buka mata pemain tetap sasaran emas
Kejohanan Sukan Selangor (Sukses) menampilkan perlawanan akhir boling padang bagi acara empat berpasukan wanita dan berpasangan lelaki.
Nur Najla Damia Mustakim dari Kuala Selangor berpuas hati dengan prestasi peribadinya sepanjang kejohanan sekaligus mahu mengekalkan pingat emas yang diraihnya sebagai sasaran ke Sukma Sarawak.
" Bagi saya sendiri, pesaing yang agak sukar nak lawan adalah Petaling, sebabnya mereka adalah junior-junior saya di SUKMA. Saya rasa dorang saingan. Target saya sememangnya untuk dapatkan dua emas di SUKMA Sarawak 2024. Itu adalah target saya yang pertama. So saya akan bergerak sikit-sikit, saya akan join banyak tournament untuk dapatkan permainan yang baik demi dapatkan dua emas di Sarawak," kata Najla, pemenang pingat emas empat berpasukan wanita SUKSES 2023.
Iklan
Tekanan untuk melakukan yang terbaik antara kekangan yang dihadapi oleh Muhammad Aiman Haziq dan Muhammad Adam Danial ketika beraksi dalam acara berpasangan lelaki.
Namun mereka mengakui dapat mengatasi hal itu dengan baik sekali gus menjuarai acara dengan menewaskan pasukan Petaling.
" Pesaing itu bagus, tapi kami dapat berikan saingan. Kami pun bagus, kami tak nak kalah, " kata Adam.
"Target saya untuk SUKMA yang akan datang, saya nak dapatkan emas di penampilan pertama saya di SUKMA. Saya nak banggakan ibu bapa saya, yang banyak berkorban untuk saya hantar saya pergi training, hulur duit, so saya nak balas jasa dorang," Kata Aiman, Emas acara berpasangan lelaki SUKSES 2023.
Adam turut meletak sasaran sama, senada dengan Aiman di penampilan pertama SUKMA, dia mahukan pingat emas selain akan berjuang habis habisan.
Must-Watch Video