SUKAN LAIN
Sukses 2023 - Danish Irfan dan Mei Yin kuasa acara 200 meter lelaki dan wanita
Atlet pecut Klang, Danish Irfan Tamrin menggunakan strategi bijak berjaya mengesahkan pingat emas bagi 200 meter di Kejohanan Olahraga Sukan Selangor (Sukses) pada Jumaat.
Akui memahami kelebihan ada pada pesaing dari petaling, Nabil Alwani Rizal Alwani, Danish tidak gusar untuk membiarkan Nabil memimpin larian di selekoh terakhir.
Iklan
Danish menanti waktu paling tepat untuk memintas Nabil pada 100 meter terkahir sekaligus ungguli saingan akhir dengan catatan 22.03 saat, meletakkan Nabil yang catat 22.09 saat di tempat kedua diikuti rakan sepasukannya M Thuveenash dengan 23.62 saat untuk mengisi tangga ketiga.
"Saya biar dia pergi dulu dan saya kejar lepas itu... Dan selepas 20 meter baru saya potong dia, "kata Danish. "Saya tahu kebolehan dia kerana dia memang laju ketika berlari di selekoh lagipun dia pelari Sukman.
"Catatan saya belum dapat catat masa peribadi terbaik, Saya tidak berapa puashati dengan catatan tetapi Alamdullillah kerana menang."
Manakala bagi 200 meter wanita, Lim Mei Yin berjaya merawat duka pasukannya dengan menghadirkan pingat emas.
Mei Yin bagaimanapun berkongsi perlu perbaiki catatan masanya agar harapan disenarai pendek buru slot ke Sukma 2024.
Mei Yin menamatkan aksi akhir dengan 26.60 saat, di tempat kedua dengan catatan 26.73saat adalah Aina Batrisyia Abdullah dari Hulu Langat seterusnya G Sholu Losna catat 27. 77 saat di kedudukan ketiga.
"Saingan yang cukup sengit. Kami pernah bersaing dalam acara 200 meter di MSSM dan saya mendapat pingat gangsa. Memang saya tidak jangka akan dapat pingat emas.
"Saya berusia 14 tahun ini dan berlari dengan pelumba yang berusia daripada saya. Justeru hari ini saya juga tidak sangka akan menang kerana lawan saya lebih senior serta dia catat masa lebih baik di separuh akhir," kata Mei Yin
Must-Watch Video