SUKAN LAIN
Sukses 2023 - Daniel & Dhane buktikan kehebatan masing-masing
Acara 400 meter lari berpagar lelaki menyaksikan Danial Shah Putra Hazlam dari Klang mencatat rekod peribadi terbaik, 56.37 saat sekaligus membutirkan emas buat pasukannya.
'Pulun' atau pulang dengan tangan kosong, Danial yang hanya ambil bahagian dalam satu acara tersenyum lebar hingga ke telinga lepas menamatkan penampilan sulungnya di Sukses dengan 2 hasil.
Danial turut sasar catatan masa lebih baik di kejohanan olahraga Innotech sebelum menutup buku 2023.
Iklan
Selepas danial, pingat perak diraih wakil Sepang, Benyamin Haikal Hashim diikuti Andi Nasrul Jainuddin dari Hulu Langat untuk raih kilauan gangsa.
"Seronok sangat-sangat menang kerana selepas kecederaan hamstring dua bulan saya tidak beraksi. Jadi saya tidak mengharapkan banyak daripada larian hari ini," kata Daniel.
"Saya akan berusaha lebih keras lagi kerana mahu cuba layakkan diri untuk Sukma."
Selain itu, Dhanea Marsyella dari Petaling mudah mengesahkan pingat emas di saingan akhir acara sama buat wanita.
Dhanea, yang juga pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil, jelas membuktikan perbezaan tahap menerusi latihan harian yang dilakukan.
Dhanea menamatkan saingan dengan catatan 71.79 saat sekaligus meletakkan wakil Kuala Langat, Norzahirah Noorman di tempat kedua, serta Connie Chia dari Klang, ketiga.
"Saya rasa gembira kerana saya sudah lama tidak training untuk acara ini dan hari ini berjaya pula dapat pingat emas. Saya lebih banyak beraksi dalam 100 meter berpagar, " kata Dhanea
"Menang gembira kerana saya masih boleh lari lagi dalam acara ini, masih ada momentum".
Must-Watch Video