HOKI
Sukri Mutalib bersikap terbuka soal pemain hoki naturalisasi
Bekas kapten The Speedy Tigers, Sukri Mutalib, enggan meletakkan syarat 'persaraan' sebagai suatu yang praktikal untuk dilakukan skuad hoki lelaki negara selepas kemarau gagal ke Sukan Olimpik berterusan.
Keputusan hambar ditampilkan dalam Kelayakan Sukan Olimpik di Muscat, Oman, turut memberi bayangan adakah ketua jurulatih, Arul Selvaraj, bakal ditukar?
Sukri tidak menolak spekulasi tentang kebarangkalian penggunaan pemain naturalisasi di dalam skuad negara, sambil menyifatkan andai ia bakal direalisasikan, pemain dari Eropah adalah yang terbaik untuk dibawa masuk.
Iklan
"Mengapa tidak kalau ia boleh membantu.
"Bukan pemain naturalisasi sahaja. (Senaraikan juga) kalau ada pemain warisan boleh bantu kita untuk layak ke Sukan Olimpik selepas sekian lama sebagaimana yang kami dan peminat juga nantikan.
"Tapi dalam masa kami tidak boleh lupakan kerja-kerja program pembangunaan yang kini di landasan tepat," katanya di Nadi Weekend.
Must-Watch Video