HOKI
Sukri khuatir terlepas Siri Dunia
Kapten skuad hoki negara, Sukri Mutalib, bimbang tidak sempat pulih untuk membantu Malaysia menghadapi Kejohanan Final Siri Dunia di Kuala Lumpur -- juga kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 -- bermula 23 April ini kerana kerana perlu menjalani rawatan patah jari sekurang-kurangnya tiga minggu lagi.
Masa semakin suntuk untuk Sukri, apatah lagi dia masih belum dapat memegang kayu hoki ketika saingan Siri Dunia akan bermula kurang dari tiga minggu lagi.
Doktor menasihatkan pertahanan berusia 33 tahun itu fokus terhadap rawatan jika mahu memanjangkan karier peringkat domestik dan antarabangsa.
Iklan
"Saya tidak pasti, segalanya menerusi proses pemulihan dan saya mungkin terlepas Siri Dunia," kata Sukri.
Malaysia diundi bersama China, Itali dan Brazil dalam Kumpulan B sementara Kumpulan A menyaksikan kehadiran Kanada, Belarus, Austria serta Wales.
Hanya dua pasukan terbaik akan meneruskan kemaraan kelayakan Sukan Olimpik.
Ketiadaan Sukri dalam Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak, minggu lalu menyaksikan tempatnya diambil alih pertahanan muda, Muhammad Arif Syafie Ishak.
Malaysia meraih tangga ketiga selepas menewaskan Kanada dalam penentuan tempat ketiga/keempat.
Must-Watch Video