Skip to main content

Sukan Lain

Sukma Selangor: Tinju beroleh manfaat besar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tinju.jpg
Presiden Persekutuan Tinju Malaysia (PTM), Datuk Mohamad Iruan Zulkefli, menyambut baik keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mengumumkan tinju sebagai sukan wajib berkuat kuasa dalam penganjuran sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026.

PTM percaya keputusan ini bakal menjadi titik tolak untuk melahirkan lebih ramai bakat pelapis yang mampu menggalas cabaran Malaysia pada masa akan datang.

Iruan turut memberi jaminan bahawa PTM sentiasa berusaha demi memastikan prestasi sukan tinju negara di peringkat antarabangsa dapat diperkasakan dari semasa ke semasa.

"Ia menjadi suntikan kepada semua persatuan dan jurulatih untuk lebih bekerja keras. 

"Sukma menjadi pentas atlet di dalam negara tunjukkan bakat, seterusnya boleh ketengahkan bakat mereka ke peringkat lebih tinggi.

"Terima kasih kerana pihak-pihak yang menyokong sukan tinju sebagai sukan wajib dalam Sukma," katanya di Nadi Weekend. 



 

Advertisement

Must Watch Video