Skip to main content

Sukan Lain

Sukma Selangor: Nasib tiga sukan bakal ditentukan ikut saluran -- Hannah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah-yeoh.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berharap kenyataan membabitkan Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi, tidak dipanjangkan lagi selepas keputusan sebulat suara yang akan dibuat sebelum 15 Ogos ini.

Najmi mencadangkan silambam, muay thai serta petanque kembali dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 dengan mengambil kira ia perlu dipersetujui terlebih dahulu oleh semua wakil negeri yang menganggotai Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma. 

"Ramai yang tidak faham dengan prosesnya. 

"Ramai yang telah membuat tuduhan di semua platform dan mainkan isu perkauman. 

"Jangan ada isu perkauman dalam sukan kerana atlet terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. 




"Saya ucapkan terima kasih kepada menteri besar dan exco negeri Selangor kerana bertindak dengan cepat. 

"Mereka telah buat keputusan untuk masukkan tiga sukan ini. Mereka ikut saluran yang betul yang tertakluk kepada peraturan Sukma.

"Kita tidak boleh lari daripada peraturan Sukma," katanya. 


 

Advertisement

Must Watch Video