Sukma Selangor 2026: SIC, MBPJ venue pilihan acara perasmian

Saufi Tahir
Januari 20, 2025 19:24 MYT
Kalendar sukan negara 2026 dijangkakan lebih meriah apabila saingan Sukan Malaysia (Sukma) Selangor menjadi kesinambungan acara sukan bertemasya itu yang akan membabitkan atlet negara.
Ia menyaksikan temasya Sukma 2026 akan diadakan pada Ogos selepas berakhirnya Sukan Komanwel dan sebelum Sukan Asia berlangsung.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa Pengelola Sukma Selangor 2026 di Shah Alam hari ini.
"Kami melihat daripada aspek masa, kerana jika berlangsung Ketika Piala Dunia Bolasepak berlangsung, tarikannya akan berbeza.
"Kerana itu kami pilih selepas Sukan Komanwel dan ada masa dalam sebulan sebelum Sukan Asia, jadi kami laksanakan dalam tempoh itu." kata Exco Belia Dan Sukan Selangor, Mohd Najwan Halimi.
Jawatankuasa itu turut memutuskan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya menjadi dua venue pilihan untuk acara perasmian penganjuran selain 28 jenis sukan disahkan akan dipertandingkan dalam temasya itu nanti.

Sukma Selangor bakal diadakan pada Ogos 2026, Litar Antarabangsa Sepang dan Stadium MBBJ antara venue yang dipertimbangkan bagi perasmian penganjuran temasya. - EXCO Sukan Najwan Halimi. @ASTROARENA pic.twitter.com/7Fqv3LEnT9

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 20, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"28 sukan secara tradisi merupakan sukan yang dipertandingkan, tambahan sukan kami akan bincangkan dahulu cadangan itu bersama Majlis Sukan Negara." tambahnya.
#SIC #Sukma #Sukma Selangor 2026 #MBPJ
;