Sukma Selangor 2026: Pickleball bakal didaftarkan dalam senarai pertandingan sukan

Najmi Iman
November 18, 2024 10:47 MYT
Sukan pickleball semakin mendapat perhatian menyeluruh di Malaysia apabila penggemar sukan tanah air mula menceburi permainan tersebut sebagai riadah harian selain pembinaan gelanggang yang banyak di negara ini.
Perkembangan pickleball kian popular tatkala cara permainannya melingkupi elemen tenis dan ping-pong.
Sehubungan itu, kerajaan negeri Selangor melalui kepimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari, mengumumkan sebanyak RM1 juta bagi mengembangkan sukan tersebut di negerinya.

Selepas pandemik COVID-19, sukan pickleball semakin popular di Malaysia kerana sifatnya yang inklusif untuk semua peringkat umur. Selaras dengan Tahun Melawat Selangor 2025, Kerajaan Negeri akan menganjurkan Pesta Pickleball Selangor, termasuk Kejohanan Antarabangsa dan… pic.twitter.com/B4E5uYmTBi

— Media Selangor (@Media_Selangor) November 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Peruntukan tersebut adalah sebahagian daripada pembentangan Belanjawan Selangor 2025 yang berjumlah RM3 billion secara keseluruhan.
Justeru, Selangor berhasrat untuk menjadi negeri pertama yang menganjurkan sukan pickleball di dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.
#Sukan Malaysia #Pickleball #Sukma Selangor 2026
;