SUKMA
Sukma Sarawak: Wong Tee Kue legenda baling tukul besi Sarawak
Kehangatan Sukma kian terasa, 79 hari lagi!
Atlet kelahiran Sarawak yang bakal kita rungkaikan latar belakang dan pencapaiannya hari ini ialah Wong Tee Kue.
Tee Kue, seorang atlet baling tukul besi yang disegani di Malaysia telah mencipta nama dalam arena sukan negara dengan prestasi yang cemerlang dan dedikasi yang tinggi.
Iklan
Anak kelahiran Sungai Petai, Sarikei itu mula menunjukkan minat dalam sukan baling tukul besi sejak usia remaja.
Sejak di bangku sekolah lagi, Tee Kue telah aktif dalam pelbagai acara olahraga tetapi minatnya yang mendalam terhadap baling tukul besi mendorongnya untuk memberi fokus sepenuhnya kepada sukan itu.
Tee Kue telah berkecimpung dalam bidang sukan sebagai atlet olahraga acara tukul besi negara selama 15 tahun.
Tee Kue telah menyertai Sukan SEA sebanyak lapan kali dan memungut pingat emas pada tahun 1991, 1993, 1995, 1999 dan 2001 selain pingat perak pada 1997 dan gangsa pada tahun 1989 dan 2003.
Dengan usaha dan kecemerlanganya dalam bidang sukan, Tee Kue telah menerima Anugerah Olahragawan Negeri Sarawak 1991.
Selain jaguh sukan yang disegani, Tee Kui pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Simunjan dengan pangkat Deputi Superintendan.
Dengan pencapaiannya yang gemilang dalam sukan dan prestasi luar biasanya, Tee Kue bukan hanya seorang legenda baling tukul besi Sarawak tetapi juga seorang teladan inspiratif bagi generasi masa depan atlet-atlet Malaysia.
Must-Watch Video