Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI memberikan sumbangan tajaan bernilai RM 200,000 kepada Persatuan Memanah Selangor (SELAR) dan Kelab Ragbi Selangor (SRU) bagi persediaan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak, Ogos ini.
Pemilihan dua sukan tersebut ekoran daripada pencapaian cemerlang dalam edisi lalu yang secara tidak langsung menjadi prospek terbaru buat kontinjen Selangor meraih pingat emas.
"Tajaan ini diberikan untuk membantu persediaan kedua-dua persatuan sukan tersebut bagi menghadapi Sukma Sarawak selepas berjaya melakar kecemerlangan dalam edisi lalu," kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohamad Najwan Halimy.
Dalam masa sama, kerajaan negeri Selangor turut memperuntukkan anggaran RM 2-3j sebagai kelengkapan mengharungi Sukma Sarawak dengan lebih berkesan.
"Kita akan memohon dana tambahan untuk menampung perbelanjaan logistik dan proses kelengkapan untuk pergerakan pegawai sukan dan atlet yang akan bertanding untuk mendapatkan latihan yang rapi," tambahnya.