Skip to main content

SUKMA

Sukma Sarawak: 'Kilat Boy', kebanggaaan Sri Aman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kilatboy.jpg
93 hari menjelang Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak edisi ke-21 dan siapakah atlet Sarawak yang bakal kita kupaskan hari ini?

Petinju sensasi negara, Daeloniel Mcdelon Bong, atau lebih dikenali sebagai 'Kilat Boy' terus melakar sejarah apabila merangkul kejuaraan Asia Silver Super Bantamweight (55.0kg) menewaskan petinju Thailand, Yutthichai Wannawong, dengan Technical Knockout (TKO) pada pusingan kelima.

Anak jati Sarawak kelahiran Sri Aman itu turut menjadi tumpuan peminat sukan tinju dunia selepas merangkul gelaran juara pada Kejohanan Tinju Profesional Pakistan 2022. 

Selain itu, beliau turut menjadi atlet Sarawak pertama yang memenangi tali pinggang kejohanan Asian Boxing Federation (ABF). 

Dalam masa sama, SUKMA 2022 turut menyaksikan kem Sarawak berjaya membawa pulang pingat emas sukan tinju menerusi Daeloniel bagi acara Feather 54-57kg. 

Bagaimanapun, pada April lalu, dia telah memutuskan untuk keluar daripada skuad kebangsaan dan membawa haluan sebagai petinju profesional negara.

Advertisement

Must Watch Video