97 hari lagi menjelang temasya Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-21 yang berlangsung di sembilan daerah terpilih di Sarawak.
Terdapat beberapa atlet yang asalnya dari negeri Bumi Kenyalang itu yang sudah mengharumkan nama negara di pentas dunia melalui kejohanan berprestij dunia.
Mereka yang sudah mewakili negara itu turut pernah mengambil bahagian sebagai atlet untuk Kejohanan Sukma antaranya ialah Grace Wong Xiu Mei.
Atlet berumur 24 tahun itu telah memecahkan rekod di Kejohanan Sukma edisi ke-18 di Sarawak dengan lontaran 57.76 meter sekaligus memenangi pingat emas bagi acara baling tukul besi.
Grace Wong juga turut menyertai acara lontar peluru dan meraih pingat perak pertama buat pasukan Sarawak dalam Kejohanan Sukma edisi ke-20 apabila dia berjaya melonjakkan lontar peluru ke 12.44m di Stadium Bukit Jalil.
Pada Mei 2023, Grace Wong telah membuktikan dirinya itu sukar digugat di pentas Sukan SEA apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara lontar tukul besi yang berlangsung di Stadium Morodok Techno.
Grace Wong juga telah memecahkan rekod Sukan SEA dalam acara yang sama dengan merekodkan lontaran 61.88m, sekaligus memadamkan rekod lamanya iaitu 59.24m yang dicatat pada edisi Kuala Lumpur 2017.
Terdahulu, pemenang pingat emas Sukan SEA itu pernah memecahkan rekod kebangsaan apabila mencatat lontaran sebanyak 62.48m pada Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil
Grace Wong mempunyai keinginan untuk menyambung legasi bapa saudaranya iaitu atlet legenda moden yang turut pernah menabur jasa dan mengharumkan negara di peringkat Sukan SEA secara berturut- turut iaitu Wong Tee Kui yang berjaya meraih lapan pingat emas di peringkat tersebut.