Skip to main content

Hoki

Sukma Sarawak: Fazilla Sylvester Silin, legenda hoki dari Sarawak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fazilla-sylvester-silin.jpg
Fazilla Sylvester Silin, atlet sensasi kelahiran Sarawak, terus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dalam pelbagai kejohanan hoki.

Tonggak senior hoki negara yang berusia 37 tahun ini telah membawa skuad hoki negara memenangi pelbagai perlawanan, termasuk kemenangan besar ke atas Hong Kong di Sukan Asia di Jakarta pada 2018.

Pemain tengah pasukan hoki Terengganu dan bekas pemain kebangsaan ini telah mengambil bahagian dalam tiga edisi Commonwealth Games pada 2010, 2014, dan 2018.

Selain berjaya dalam hoki, Fazilla juga berkhidmat sebagai Superintendent di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, membuktikan kecemerlangannya dalam bidang kerjaya.

Baru-baru ini, pemain hoki kelahiran Sarawak ini mengangkat nama negara di Piala Asia dengan membawa pulang pingat gangsa di Chonburi, Thailand. 

Fazilla berjaya menjaringkan 3 gol untuk Malaysia mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 4-0 ke atas Indonesia!
 

Advertisement

Must Watch Video