SUKMA
Sukma Sarawak: Enrique Maccartney Harold penerjun dari Bumi Kenyalang
94 hari menjelang Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak edisi ke-21 dan siapakah atlet Sarawak yang bakal kita kupaskan hari ini?
Atlet kali ini ialah Enrique Maccartney Harold.
Pada 2018, Enrique menyertai Sukma edisi ke-19 di Perak dan meraih pingat gangsa menerusi acara 1 meter papan anjal lelaki dengan kutipan mata sebanyak 313.20.
Dalam acara terjun 10 meter platform seirama lelaki pula, Enrique dan gandinganya, Bertrand Rhodict Lises, memenangi pingat perak buat Sarawak dengan 301.23 mata.
Sebelum itu, atlet berusia 19 tahun berkenaan melakukan debut dalam Sukma di Perlis pada 2016.
Enrique sebelum ini meraih pingat gangsa dalam acara 10m platform seirama lelaki Sukan Asia Hangzhou 2022.
Penerjun Sarawak itu juga meraih emas dalam Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh menerusi acara platform 10m lelaki.
Dia yang merupakan pendatang baru ketika itu mempamerkan terjunan yang luar biasa mengumpulkan 442.95 mata sepanjang enam terjunan, sekali gus menyumbangkan emas keempat Malaysia dalam sukan terjun.
Atlet kelahiran Kuching itu meluahkan rasa terujanya selepas disenaraikan dalam program Fast Track Road to Gold (RTG).