Skip to main content

Sukan Lain

Sukma Sarawak: Daeloniel Mcdelon Bong, Si KilatBoy dari Sri Aman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

daeloniel-mcdelon-bong.jpg
71 hari menjelang Sukma edisi ke-21 di Sarawak!

Atlet kelahiran Sarawak yang berjaya membanggakan negara ialah Daeloniel Mcdelon Bong, seorang atlet sukan tinju.

Daeloniel McDelon Bong, atau lebih mesra digelar 'KilatBoy', merupakan atlet kelahiran Sri Aman, Sarawak yang namanya tidak lagi asing dalam dunia sukan tinju. 

KilatBoy pernah menyumbang pingat emas kepada kontinjen Sarawak menerusi acara Feather 54-57kg di Sukma 2022.

Anak jati Sarawak ini mula menjadi tumpuan hangat peminat sukan tinju selepas merangkul gelaran juara pada Kejohanan Tinju Profesional Pakistan 2022. 

Dia juga merupakan atlet Sarawak pertama yang memenangi tali pinggang kejohanan Asian Boxing Federation (ABF).

Peninju berusia 24 tahun itu pernah menewaskan Oky De Loyaha Akbar dari Indonesia apabila dia meraih pingat emas dalam Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2023. 

Terbaru, Daeloniel meraih gelaran World Boxing Council (WBC) Asia Super Bantamweight setelah menundukkan peninju Thailand, Yutthichai Wannawong, dengan Technical Knockout (TKO) di pusingan ke-5.

Dengan pencapaian cemerlangnya, Daeloniel McDelon Bong terus mengharumkan nama Sarawak di persada sukan tinju antarabangsa, dan menjadi inspirasi kepada para atlet muda menjelang Sukma edisi ke-21.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video