Skip to main content

Sukan Lain

Sukma Sarawak 2024: Wilayah Persekutuan tambah koleksi pingat emas, Afiq Zuhar cipta nama acara memanah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

afiq.jpg
Kem Wilayah Persekutuan terus memberi asakan kepada tuan rumah, Sarawak, untuk merapatkan jurang kedudukan carta pingat selepas mengutip emas terbaru menerusi sukan memanah di Sukan Malaysia(Sukma Sarawak) 2024, sebentar tadi.

Pemanah muda Wilayah Persekutuan, Afiq Zuhar Mohamad Shah, melakar sensasi tersendiri apabila menduduki podium tertinggi acara 50m pusingan kelayakan individu compound sekali gus memecahkan rekod kejohanan dengan pungutan 692 mata. 

 
Lebih menarik, Afiq Zuhar baru sahaja berusia 21 tahun dan ini merupakan penampilan pertamanya dalam temasya dwitahunan itu menewaskan pencabar terdekat dari Terengganu yang meraih pingat perak.

Advertisement

Must Watch Video