Sukma Sarawak 2024: Wilayah Persekutuan akhiri penantian 30 tahun dalam tenis
Saufi Tahir
Ogos 23, 2024 20:53 MYT
Ogos 23, 2024 20:53 MYT
Bagi kem tenis Wilayah Persekutuan, kempen Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 cukup cemerlang dalam acara berpasukan apabila menamatkan kemarau pingat emas selama 30 tahun.
Ketua jurulatih Wilayah Persekutuan, Abdul Hazli Zainuddin, tidak teragak-agak untuk kembali meneruskan latihan sejurus tamat kempen di Kuching bagi memperhebatkan persiapan menghadapi edisi seterusnya.
Tambahnya lagi, bakal ada rombakan melibatkan pasangan beregu ekoran ada beberapa pemain Wilayah Persekutuan tidak lagi layak untuk bertanding di pentas Sukma.
"Saya pasti selepas ini semua pasukan akan berkerja keras dan teruskan menambah baik dari aspek prestasi, begitu juga kami.
"Saya berharap kita akan teruskan progres dan bertambah baik dalam Sukma, kita juga ada senjata rahsia yang tahun ini dia tidak dapat main. Jadi saya harap Sukma akan datang dia boleh bermain.
"Kita akan teruskan program ini bukan saja untuk Sukma, selain itu kita ada gandingan pemain senior dan junir tetapi saya percaya pada jurulatih kerana ia bukan tentang kemenangan, tetapi agar bakat itu tidak terputus." Katanya.