Sukma Sarawak 2024: Umar lakar rekod baru 400m untuk Johor menyinar
ss
Ogos 21, 2024 19:24 MYT
Ogos 21, 2024 19:24 MYT
Pelari kebangsaan di bawah kontinjen Johor, Umar Osman, memilih untuk tidak memberi tekanan kepada diri sendiri.
Hanya menyasarkan rekod 400m lelaki Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 hari ini dan ia direalisasikannya dalam keadaan berjaga-jaga.
"Saya mungkin sudah bebas kecederaan tetapi akibat berehat terlalu panjang, (otot) saya belum dapat sesuaikan diri lagi jadi senang untuk tegang.
"Jadi saya perlu berhati-hati akiabt kecederaan tidak berulang," katanya.
Berikutan kecederaan jangka masa panjang yang pernah dilaluinya, anak jati Johor ini enggan terburu-buru dalam mencari rentak sebenarnya.
"Larian tadi saya agak perlahan bagi saya tetapi saya tetap bersyukur," katanya.
Dalam pada itu, pelari dari Melaka berusia 17 tahun, Shayna Marriene Pereira, mengejutkan Calit Favourite apabila cemerlang mendahului garisan penamat menerusi catatan 57.74 saat untuk pingat emas.
Pendahulu di peringkat saringan dari Kelantan, Nur Aina Balqis Abdul Ghani, meraih perak sementara pelari pelapis negara, Nur Aliah Maisarah Nor Azmi, memungut gangsa.
"Pada awalnya saya tidak menyangka untuk menang memandangkan pencabar agak pantas.
"Saya terus menaruh kepercayaan kepada taktikal yang diberikan jurulatih," katanya.