Ahli Lembaga Kanu Asia (ACC), Michael Wong, menafikan dakwaan komen netizen terhadap ketiadaan sukan kanu dalam penganjuran Sukan Malaysia (Sukma Sarawak) 2024 yang menawarkan 23 kilauan pingat emas.
Sebelum ini, umum mengetahui bahawa setiap tahun Sarawak akan menganjurkan aktiviti berkenaan dengan jayanya tanpa masalah namun, berbeza degan edisi kali ini, tuan rumah mengambil keputusan untuk tidak menyenaraikan sukan kanu atas beberapa faktor.
Antara perkara yang menjadi punca utama ialah kekangan negeri untuk mempersiapkan pasukan bagi menyertai saingan tatkala ia juga merupakan hak tuan rumah untuk dimasukkan atau tidak dalam senarai sukan dipertandingkan.
Persatuan negeri dan kebangsaan harus memainkan peranan penting untuk menggerakkan sukan tersebut dengan bukan hanya meminta kepada pihak menteri oleh kerana tiada struktur yang betul.
Edisi lepas menyaksikan olahragawan turut hadir daripada sukan itu namun, tiada kesinambungan atau impak yang lebih besar berlaku selepas itu.
"Saya terkejut dan ingin memberi amaran terhadap kenyataan sebuah persatuan negeri yang mahu menganjurkan kejohanan Pra Sukma dengan motif agihan pingat di Selangor.
"Perkara seperti itu adalah satu kesalahan di bawah seksyen 417 kanun keseksaan menyalah guna kuasa MACC," katanya.
Najmi Iman
Tue Aug 20 2024